'M Untuk Malaysia', dokumentari istimewa buat rakyat Malaysia

Diposting pada

'M Untuk Malaysia', dokumentari istimewa buat rakyat Malaysia

'M Untuk Malaysia', dokumentari istimewa buat rakyat Malaysia

SELURUH rakyat Malaysia barangkali tidak mampu melupakan sejarah yang terakam ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lalu.

Penubuhan Malaysia Baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas kemenangan pada 9 Mei 2018 adalah detik yang sangat bermakna buat negara.

Bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-62 yang bakal diraikan 31 Ogos ini, rakyat Malaysia bakal dihidangkan dengan sebuah dokumentari istimewa yang merakamkan momen istimewa Malaysia Baharu.

M Untuk Malaysia merupakan rakaman istimewa pasca PRU14 yang menyaksikan penyatuan seluruh rakyat memilih masa depan baharu buat negara.

Dokumentari arahan Ineza Roussille dan Dian Lee itu mengembalikan ingatan rakyat terhadap cerita mengenai harapan, perpaduan dan perdamaian warganegara untuk Malaysia.

Dokumentari ini akan mula ditayangkan secara eksklusif di 34 pawagam terpilih di seluruh negara selama empat hari bermula 12 September 2019.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.