Lintah selinap masuk dalam lampin kanak-kanak, sudahnya…

Diposting pada

Lintah selinap masuk dalam lampin kanak-kanak, sudahnya…

Lintah selinap masuk dalam lampin kanak-kanak, sudahnya...

BANGKOK: SEORANG kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan selepas seekor lintah dipercayai menyelinap masuk ke dalam kemaluannya di Bangkok.

Menurut portal berita Asiaone, lintah itu disedari menyedut darah kanak-kanak itu selepas ia terjatuh dengan sendirinya setelah 'kenyang' di dalam lampin kanak-kanak malang itu.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Napporn Thanawong, memuat naik insiden itu di laman Facebook pada 27 Julai lalu dengan memberi amaran kepada ibu bapa agar mengawasi keadaan anak-anak mereka terutamanya ketika musim hujan, yang turut menjadi sebab parasit terbabit banyak membiak.

Muat naik itu turut disertakan bersama dua foto yang memaparkan lampin pakai buang yang dipenuhi darah serta seekor lintah.

 

Bagaimanapun, punca parasit itu menyelinap ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu belum dikenalpasti kerana kanak-kanak itu sering menggunakan seluar dan jarang bermain di luar rumah.

Malah, kanak-kanak itu juga dikatakan tidak mengalami sebarang kesakitan dan dia hanya menangis sebaik saja lintah jatuh daripada kawasan terbabit.

Dia kemudiannya dibawa berjumpa doktor dan doktor mengesahkan lintah itu tidak beracun dan pendarahan akan mengambil masa untuk berhenti.

Thanawong berkata, anak saudaranya masih perlu dibawa untuk menjalani beberapa pemeriksaan lanjut untuk memastikan tidak ada kesan sampingan lain berlaku.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku di Thailand.

Baru-baru ini, kejadian yang sama berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang mengigitnya di kawasan kemaluannya sejak beberapa hari.

Sebaik saja mendapati ada kesan darah pada seluar dalamnya, ibu bapanya itu terus membawanya ke hospital dan doktor menjumpai lintah di dalam kemaluan kanak-kanak itu.

Doktor berkenaan menasihatkan ibu bapa agar memantau persekitaran anak-anak mereka bermain dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mendapati berlaku sebarang kecurigaan. – Agensi

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.