Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit – JKKP

Diposting pada

Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit – JKKP

Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP

KUALA LUMPUR: Kejadian di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada Jumaat yang mengakibatkan enam penghuni cedera apabila salah sebuah lif berhenti secara mengejut perlu dijadikan iktibar buat semua pihak terutamanya syarikat penyelenggaraan lif yang dilantik.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ir Omar Mat Piah, setiap lif perlu diselenggara oleh pihak syarikat penyelenggara yang dilantik oleh pemilik premis.

"Setiap 15 bulan JKKP akan datang dan buat pemeriksaan dan audit untuk pastikan sistem semua baik tetapi mengikut kehendak undang-undang dimana pihak pemunya perlu melantik syarikat penyelenggara yang kompeten.

"Bila ada kontraktor itu maksudnya kena jalankan penyelenggaraan. Kalau didapati syarikat terbabit tidak kompeten, tindakan undang-undang termasuk denda akan dikenakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Dianggarkan sehingga kini, sebanyak 60 ribu buah lif beroperasi seluruh negara dengan 20 ribu buah lif beroperasi di Kuala Lumpur.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.