Lelaki umpan biskut, telefon bimbit sebelum cabul budak 8 tahun

Diposting pada

Lelaki umpan biskut, telefon bimbit sebelum cabul budak 8 tahun

Lelaki umpan biskut, telefon bimbit sebelum cabul budak 8 tahun

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpannya dengan memberikan biskut dan telefon bimbit.

Menurut laporan sebuah portal berita, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang Selasa lalu di Kampung Bumiputera, Jalan Silam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah suspek semasa mangsa ke rumah lelaki itu untuk mencari adiknya.

"Suspek telah memberikan mangsa biskut dengan memanggilnya masuk ke dalam bilik. Mangsa kemudian diajak baring di katil dan diberikan telefon bimbit sebelum bertindak membuka separuh seluar mangsa," katanya.

Nasri berkata, suspek yang merupakan penganggur kemudian mencabul mangsa.

"Mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu ibu mangsa telah membawanya ke Hospital Lahad Datu.

"Doktor mengesahkan tidak ada kesan koyakan selain kesan kemerahan pada bahagian kemaluan mangsa.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.