Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar

Diposting pada

Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar

Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan kayu, di kawasan parkir sebuah restoran di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian pada 11 malam itu berlaku disebabkan rasa tidak puas hati lelaki yang berumur 43 tahun itu, kerana cermin sisi keretanya dilanggar oleh mangsa yang berumur 44 tahun.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa bersama anak dan isterinya berada di dalam kenderaan mereka untuk mencari kedai makan di kawasan perumahan itu.

"Suspek yang sedang dalam keadaan marah turut membawa tujuh individu lain bersamanya.

"Suspek juga memaksa mangsa keluar dengan mengetuk kereta mangsa dengan kayu dan sebaik keluar, mangsa dipukul beramai ramai," katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Shahurinain berkata pergaduhan itu dileraikan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang pada ketika itu sedang membuat rondaan di kawasan terbabit.

"Polis berjaya menahan suspek, namun, yang lain berjaya melarikan diri. Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.