Leher ayah yang lumpuh dikelar anak sendiri

Diposting pada

Leher ayah yang lumpuh dikelar anak sendiri

Leher ayah yang lumpuh dikelar anak sendiri

KUANTAN: Seorang penganggur yang disahkan positif dadah ditahan selepas dipercayai mengelar leher bapanya yang lumpuh di rumah mereka di Kampung Chendor Baru, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, lelaki berusia 33 tahun ditahan semasa sedang bersembunyi di kawasan belukar berhampiran rumah itu selepas menyedari kehadiran polis.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi semasa mangsa yang berusia 62 tahun dan lumpuh sebelah kanan badan sejak lima tahun lalu, ditinggalkan bersama suspek serta abang suspek semasa ibu mereka bekerja.

"Ibu suspek mendakwa telah menerima panggilan daripada abang suspek memaklumkan mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan luka sepanjang 13 sentimeter.

"Abang suspek memberitahu semasa kejadian, dia berada di bilik dan hanya menyedarinya selepas melihat suspek keluar rumah secara tergesa-gesa," katanya menerusi kenyatan media pada Ahad

Othman berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu dan dilaporkan stabil.

"Setakat ini kami masih mengesan senjata yang digunakan suspek. Semakan mendapati suspek juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan penagihan dadah," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.