Lebih banyak syarikat swasta digesa babitkan diri dengan Program SCI untuk ODP

Diposting pada

Lebih banyak syarikat swasta digesa babitkan diri dengan Program SCI untuk ODP

Lebih banyak syarikat swasta digesa babitkan diri dengan Program SCI untuk ODP

KAJANG: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak lebih banyak syarikat swasta untuk membabitkan diri dalam program latihan industri, Corporate Smart Internship (CSI) khusus buat Orang Di Parol (ODP) bagi membantu mengurangkan kesesakan di dalam penjara.

Sejak pelaksanaan CSI pada tahun 2016, katanya seramai 2,928 ODP dilihat telah mendapat manfaat daripada program itu dan setakat ini telah melibatkan penyertaan 80 buah syarikat swasta di seluruh negara.

“Saya kira ini penting supaya kita dapat mengurangkan kesesakan di banyak penjara di Malaysia, memandangkan kita mempunyai kapasiti 50,000 yang sudah sedia ada hampir 70,000.

"Jadi disebabkan itu, kalau skim CSI ini kita laksanakan, maka bebanan kita akan berkurangan tetapi tanggungjawab itu boleh sama-sama ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta.

"Dengan kira-kira 39,000 banduan telah menerima manfaat daripada program pemulihan di luar tembok penjara dengan kadar residivis atau kadar kemasukan semula bekas banduan ke penjara di bawah 0.5 peratus," katanya ketika merasmikan pelancaran Program Corporate Smart Internship (CSI) di Auditorium IPPM di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Jalan Kajang-Semenyih Bypass, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa penglibatan daripada syarikat swasta di seluruh negara juga perlu diperluas dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Jadi sebab itu hari ini kita buat ini untuk menyedarkan kepada lebih ramai sektor korporat untuk tampil mengambil bahagian” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, cadangan supaya ODP dan ODS yang menyertai program CSI memakai peranti pemantauan elektronik (EMD) akan diperhalusi kerana membabitkan kos pembelian.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.