Lebih 1,000 nelayan tidak turun ke laut kerana bimbang ancaman ribut

Diposting pada

Lebih 1,000 nelayan tidak turun ke laut kerana bimbang ancaman ribut

Lebih 1,000 nelayan tidak turun ke laut kerana bimbang ancaman ribut

KUALA KEDAH: Lebih 1,000 nelayan pantai tidak dapat ke laut kerana bimbangkan keselamatan mereka selepas ribut Taufan Lekima melanda negeri Kedah sejak Jumaat lalu.

Rata-rata nelayan pesisir pantai di Kuala Kedah tidak berani turun ke laut kerana bimbang ribut kuat akan mengkaramkan bot-bot serta mengancam nyawa mereka.

Malah dalam kejadian pada Jumaat malam seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot fiber di perairan berhampiran Jeti Tok Arab, dekat Jerlun sehingga kini masih belum ditemui.

Dalam kejadian jam 9.21 malam itu, mangsa, Azimat Hasan, 62, dilaporkan tercampak dari bot akibat laut bergelora susulan ribut kuat.

Kejadian itu membuatkan nelayan tidak berani ke laut.

Ini sekaligus mengakibatkan punca pendapatan mereka terjejas kerana tidak dapat menangkap ikan.

Bagi Mohd Razi Zakaria, 58, dan Zamil Safarul Mizan, 39, sejak kejadian ribut mereka terpaksa menambat bot kerana bimbang ombak beserta angin kuat akan mengakibatkan bot mereka hanyut dan pecah.

“Memang takut lah bahaya laut gelombang risiko tinggi,” katanya.

Turut terkesan dengan kejadian ribut itu pencari ketam, Mohd Yusof Hussin, 31, masih trauma kerana ketika kejadian dia sedang mencari ketam hujan lebat beserta ombak kencang hampir menyebabkan dia lemas selepas tersangkut dalam lumpur.

Kejadian itu amat menakutkannya dan kini terpaksa menghentikan rutin harian mencari ketam nipah.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.