Lari bersembunyi di sebalik tirai, pusat terapi tawar khidmat seks diserbu

Diposting pada

Lari bersembunyi di sebalik tirai, pusat terapi tawar khidmat seks diserbu

Lari bersembunyi di sebalik tirai, pusat terapi tawar khidmat seks diserbu

IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menyerbu sebuah pusat terapi di Taman Pinji di sini, malam tadi, yang disyaki menyediakan khidmat seks.

Pengarah Imigresen Negeri Perak, Kamalludin Ismail berkata, operasi tersebut bermula pada sekitar jam 10 hingga 11.30 malam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, premis itu yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga 1 pagi, disyaki menggaji warga asing tanpa permit yang sah dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Ketika serbuan dibuat, wanita-wanita ini sedang asyik melayan pelanggan dengan bayaran RM55 bagi perkhidmatan urutan biasa serta RM155 bagi urutan dan seks.

“Terdapat juga pelanggan yang sedang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana (tempat itu) dikatakan 'full house' (penuh),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata, menyedari kehadiran pegawai operasi, wanita-wanita tersebut cuba melarikan diri serta bersembunyi di sebalik tirai dan pintu di premis terbabit.

Menurutnya, hasil serbuan juga menemukan kondom di bilik pusat terapi terbabit yang dipercayai digunakan untuk melayan pelanggan.

Seramai 22 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, 12 orang telah ditahan melibatkan tujuh wanita warga China, dua wanita Thailand dan masing-masing seorang wanita Vietnam dan Indonesia.

Kesemua mereka berusia di antara 35 tahun hingga 50 tahun. Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai majikan yang berumur 33 tahun.

Menurut Kamalludin, siasatan awal mendapati kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah, memiliki endorsmen palsu dalam pasport dan menggaji warga asing tanpa permit yang sah.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“JIM Perak akan sentiasa meneruskan pemantauan dan operasi secara berterusan. Justeru, orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat dan melaporkan aduan agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut saluran yang betul,” ujarnya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.