'Lalok' di lautan, 18 nelayan Kuala Kedah ditahan

Diposting pada

'Lalok' di lautan, 18 nelayan Kuala Kedah ditahan

'Lalok' di lautan, 18 nelayan Kuala Kedah ditahan

KUALA KEDAH: Seramai 18 orang nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi bersama yang dijalankan di kawasan perairan Kuala Kedah, pada Sabtu.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 55 tahun disahkan positif dadah jenis syabu dan heroin selepas ujian air kencing dijalankan.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, pihaknya telah menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 30 nelayan dalam operasi yang berlangsung selama 8 jam dan menahan 18 daripada mereka selepas didapati positif dadah.

Jelasnya, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut oleh pihak AADK.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 55 tahun disahkan positif dadah jenis syabu dan heroin. - Foto APMM

Tambah Faizal, operasi yang dijalankan bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan disamping mencegah beberapa jenayah maritim lain.

Selain itu, operasi bersama terbabit juga bertepatan dengan projek rintis AADK dalam menangani masalah sosial berkaitan penyalagunaan dadah..

Tegas beliau, pihak maritim turut tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang melanggar undang-undang pengairan negara dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan pengairan agar segera melaporkannya kepada pihak bertanggungjawab.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.