Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas

Diposting pada

Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas

Merdeka

GOMBAK: Satu kumpulan ‘geng pecah rumah’ yang didalangi 6 lelaki tempatan akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Rawang Isnin lalu.

Mereka yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Country Homes’ itu disyaki aktif melakukan jenayah terbabit di sekitar Bandar Country Homes sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata hasil dari jenayah itu kumpulan terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah dan belanja harian dengan menjual barang pecah rumah.

Siasatan awal mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kegiatan itu diketuai oleh lelaki bernama Jason dan empat rakan jenayah menyasarkan rumah teres.

“Ketua kumpulan samun ini seorang lelaki dikenali sebagai Jason maka siasatan mendapati suspek melakukan jenayah pecah rumah bersama empat rakan jenayah dan kawasan tumpuan mereka adalah di kawasan taman-taman perumahan dan rumah teres.

“Selepas melakukan jenayah mereka akan menjual barangan tersebut di kedai barangan terpakai dan juga kenalan mereka. Hasil jualan dalam lingkungan RM100 hingga RM300 dan digunakan untuk membeli dadah,” katanya.

Dalam serbuan itu sejumlah barangan pecah rumah dan samun dirampas bernilai hampir RM30 ribu.

Polis kini memburu dua lagi rakan sejenayah yang disyaki masih berada di kawasan Lembah Klang.

Suspek direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.