Kuman dalam darah, anak Tauke Jambu masuk wad

Diposting pada

Kuman dalam darah, anak Tauke Jambu masuk wad

Kuman dalam darah, anak Tauke Jambu masuk wad

PELAWAK Tauke Jambu memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya, Aydin, yang dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.

Berita sedih tersebut dikongsi Tauke menerusi sebuah video di laman sosial Instagram (IG)nya, semalam.

Video yang ditonton hampir 45 ribu kali itu turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan Aydin.

Ketika dihubungi Gempak, Tauke memberitahu anaknya, Aydin mengalami demam panas, bengkak tonsil dan dijangkiti kuman dalam darah.

“Doakan kesihatan anak saya ya semua. Sekarang ini cuaca pun tak menentu, kualiti udara pun tak berapa baik, jadi kanak-kanak ini mudah dijangkiti,” katanya positif.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

salam geng.. boss gua warded.. mintak doakan supaya cepat sembuh..

Dalam pada itu, Gempak turut menghubungi isteri Tauke, Nadia Mohd Effendi atau lebih mesra dipanggil Nadiya untuk bertanya tentang perkembangan terkini Aydin.

Menurut Nadiya, dia membawa Aydin ke hospital selepas anaknya itu mengalami muntah-muntah dan tidak lalu makan.

“Aydin tak pernah demam teruk macam ini, risau juga saya. Dari klinik saya terus kejarkan Aydin ke hospital.

“Di sana, doktor arahkan supaya Aydin ditahan di wad untuk pemantauan. Itu yang kami tahu tonsil dia bengkak dan dah ada kuman dalam darah.

“Hari ini, selepas tiga hari, Alhamdulillah Aydin nampak semakin baik dan sudah boleh dibawa pulang petang ini,” katanya.

Nadiya juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan Aydin.

“Terima kasih semua kerana doakan Aydin cepat sembuh,” ujarnya gembira.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.