KPDNHEP akan siasat jika wujud kes salah guna AP tepung, gula

Diposting pada

KPDNHEP akan siasat jika wujud kes salah guna AP tepung, gula

KPDNHEP akan siasat jika wujud kes salah guna AP tepung, gula

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan jika terdapat laporan kes salah guna Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport produk tepung dan gula, kata Timbalan Menterinya Chong Chien Jen.

Mengulas laporan akhbar mengenai AP import produk makanan yang dijual secara meluas dalam talian, beliau berkata tindakan yang tegas akan diambil terhadap pemegang AP yang dikeluarkan kementerian itu jika terbukti mereka menyalahgunakan kemudahan itu.

"Buat masa ini kami belum terima apa-apa laporan berkaitan salah guna AP yang dikeluarkan kementerian ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar tempatan bahawa AP bagi mengimport pelbagai barangan makanan seperti tepung, ayam, daging, gula dan kubis bulat yang dikeluarkan kerajaan, dikesan diiklankan untuk dijual secara meluas oleh penerima kemudahan itu atau ejen mereka, menerusi laman sesawang dan media sosial.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.