Kerajaan usaha posisikan graduan menganggur dalam pasaran kerja – Mahfuz

Diposting pada

Kerajaan usaha posisikan graduan menganggur dalam pasaran kerja – Mahfuz

Kerajaan usaha posisikan graduan menganggur dalam pasaran kerja - Mahfuz

ALOR SETAR: Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019 negara merekodkan seramai 516,600 penganggur.

Pada masa sama seramai 238,286 penganggur termasuk 174, 327 merupakan siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan portal JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja.

Justeru, Kementerian Sumber Manusia memandang serius terhadap perkara ini dan memberi tumpuan kepada graduan untuk memposisikan mereka dalam pasaran kerja.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, memaklumkan di Malaysia berlaku trend pengangguran dari kalangan graduan lebih tinggi berbanding bukan graduan, daripada negara-negara maju.

Katanya, negara-negara maju berlaku sebaliknya graduan mereka berada dalam pasaran kerja.

"Pengangguran di Malaysia ini, graduan yang lebih tinggi daripada yang bukan graduan, kalau kita lihat sebab dia berbanding dengan negara maju, orang yang bukan graduan itu lebih banyak menganggur.

"Graduan berada dalam pasaran pekerjaan, graduan sama ada B40 atau bukan B40 memang berada dalam kategori pengangguran yang agak tinggi, ini sedang dilihat oleh pihak kerajaan, kementerian saya hanya memikirkan bagaimana untuk memposisikan mereka di pasaran kerja," katanya selepas melancarkan Hari terbuka Perkeso dan sepagi bersama pemimpin masyarakat di Kraftangan Malaysia di Alor Setar, Kedah, pada Sabtu.

Justeru itu, kerajaan kini menarik lebih ramai pelabur-pelabur yang berteknologi tinggi bagi memastikan pekerjaan yang ditawarkan nanti adalah pekerjaan yang berasaskan kelayakan pendidikan.

Mahfuz berkata, graduan kini banyak menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan kemahiran yang mereka perolehi memberi peluang kepada mereka untuk berada dalam pasaran di sektor swasta.

Beliau juga mahu para graduan tidak mengharap kepada sektor awam semata-mata untuk tawaran bekerja, mereka perlu melihat untuk kebergantungan dalam sektor swasta pula.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.