Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air

Diposting pada

Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air

Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air

GEORGE TOWN: Susulan dakwaan mengenai kematian beribu-ribu ekor ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan data garis dasar mengenai kualiti air.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata pasukan petugas itu diberi tempoh 18 bulan untuk membangunkan data tersebut yang akan berguna untuk siasatan masa depan.

"Data itu akan digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Perikanan Pulau Pinang, atau mana-mana agensi yang menyiasat kualiti air," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membentuk satu platform bersama untuk mengumpul sampel seperti data mengenai pemasaan, suhu air, air pasang dan sebagainya.

Terdahulu, kematian 50,000 ekor ikan di perairan Teluk Bahang dipercayai disebabkan oleh pencemaran logam berat, tetapi Phee berkata bahawa tahap logam berat adalah "di bawah paras yang dibenarkan".

Beliau berkata kematian beribu-ribu ekor ikan adalah disebabkan oksigen terlarut rendah (DO) yang terdapat dalam air, kerana keputusan ujian menunjukkan kepekatan DO hanya empat miligram (mg) seliter, berbanding dengan kadar air segar normal sebanyak 7.56 mg seliter.

"Punca kepekatan rendah DO boleh berubah-ubah, seperti tumbuhan alga, iaitu pertumbuhan alga yang berlebihan di alam sekitar, pencemaran logam berat dan populasi ikan yang berlebihan," katanya.

Pada Rabu, Jabatan Perikanan Pulau Pinang dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa kematian beribu-ribu ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang disebabkan oleh keracunan dan pencemaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.