"Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung" – Mohd Radzi Jidin

Diposting pada

"Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung" – Mohd Radzi Jidin

"Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung" - Mohd Radzi Jidin

KOTA BHARU: Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Mohd Radzi Md Jidin.

Mohd Radzi berkata, dari segi statistik, kadar kemiskinan Kelantan menyamai purata kemiskinan peringkat nasional iaitu 0.4 peratus namun hakikatnya masih ada kumpulan yang ketinggalan.

"Statistik kemiskinan bagi bulan Jun tahun ini menunjukkan miskin tegar di Kelantan mencatatkan 6,218 orang manakala miskin melibatkan 31,217 orang.

"Itu hakikat yang kita harus terima. Data e-Kasih juga menunjukkan rakyat Kelantan antara senarai tertinggi selain penerima tertinggi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," katanya kepada pemberita sebelum berucap pada Kongres Sosioekonomi Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.

Kongres yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang dirasmikan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, menghimpunkan pakar pelbagai bidang bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pembangunan sosio ekonomi Kelantan.

Mohd Radzi berkata, kerajaan tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam isu kemiskinan di Kelantan sebaliknya, akan komited membawa negeri ini bersama arus pembangunan negara.

"Program hari ini kita mahu cari jalan untuk membawa bersama seluruh rakyat Kelantan agar dapat menikmati pembangunan. Kita tinggalkan apa yang telah lepas. Apa yang kita inginkan rakyat Kelantan rasai apa dirasai di seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, Kelantan mempunyai pelbagai potensi yang boleh dimajukan dalam usaha membangunkan sosio ekonomi tempatan.

Antara kelebihan yang dimiliki Kelantan ialah modal insan yang berkemahiran terutama dari segi pertanian dan penternakan, tanah yang luas selain kebudayaan dan warisan. – BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.