Kedudukan kewangan Bernama stabil

Diposting pada

Kedudukan kewangan Bernama stabil

Kedudukan kewangan Bernama stabil

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan bahawa kedudukan kewangannya sekarang adalah stabil dan terkawal.

Pengurusan Bernama menjelaskan, semua tunggakan pembayaran kepada pihak berkenaan telah dilunaskan dengan sewajarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tercetusnya laporan baru-baru ni bahawa Bernama kini menghadapi kekangan kewangan.

Pihak pengurusan Bernama menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas keprihatinan dan kerjasama dalam menangani perkara tersebut.

"Pihak pengurusan juga menyatakan rasa kesal atas kekeliruan dan ketidakselesaan yang ditimbulkan oleh perkara itu dan telah mengambil langkah berhemat dan mematuhi tadbir urus, etika dan amalan terbaik dalam pengurusan kewangan pada masa akan datang, " kata Bernama dalam kenyataan yang dikeluarkan.
– BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.