Kayak yang ditemui sah milik warga Singapura – APMM

Diposting pada

Kayak yang ditemui sah milik warga Singapura – APMM

Kayak yang ditemui sah milik warga Singapura - APMM

MERSING: Pihak berkuasa pada Rabu mengesahkan kayak dan barangan yang ditemui oleh nelayan tempatan di perairan Pelabuhan Kuantan pada Selasa milik salah seorang rakyat Singapura yang hilang.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing, Haris Fadzilah Abdullah, pengesahan itu dilakukan oleh keluarga mangsa pada pukul 11.30 pagi ini.

"Kita ada pasukan yang buat kajian dan analisa di mana yang kita syaki mangsa berada. Jadi kita telah wujudkan sektor-sektor pencairan di Endau sehingga berserah.

"Bagaimanapun atas permohonan keluarga mangsa untuk membuat pencarian di pulau-pulau kemungkinan mangsa berada jadi kita laksanakan juga memenuhi permintaan keluarga dengan menghantar bot di sekitar pulau-pulau di Mersing," katanya dalam sidang media di Endau pada Rabu.

Beliau turut memberitahu, sektor pencarian diperluaskan dari 700 kepada 1,200 batu nautika ketika ini.

Semalam, nelayan tempatan menjumpai barangan kira-kira 0.6 batu nautika daripada Pelabuhan Kuantan.

Antara barangan yang ditemui adalah kayak, pendayung, telefon bimbit, pasport dan kad pengenalan Singapura serta beg kalis air berisi pakaian dan dompet milik mangsa.

Sehingga kini seramai 119 anggota dikerahkan bagi mencari mangsa.

Dalam kejadian Khamis lalu, dua mangsa warganegara Singapura dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 rakan lain antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Pertang di daerah itu.

BACA: Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.