Kanak-kanak 4 tahun dikhuatiri lemas di lombong

Diposting pada

Kanak-kanak 4 tahun dikhuatiri lemas di lombong

Merdeka

TANJUNG TUALANG: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dikhuatiri lemas di lombong berhampiran sebuah resort di sini petang Isnin.

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Mohd Zafran Akashah Mazlan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pada 6 petang, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian lemas di lombong berhampiran resort di Jalan Tanjung Tualang itu.

“Selipar mangsa telah dijumpai di kawasan lombong tersebut dan kedalaman lombong kira-kira 30 meter,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Menurutnya, operasi ‘surface searching’ sedang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.