Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek

Diposting pada

Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek

Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek

AHLI Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.

Tokoh Wartawan Negara itu turut meninggalkan tanda tanya apakah kesesakan trafik di Kuala Lumpur sama seperti di Jakarta, Indonesia sehingga menuntut perkhidmatan Gojek diperkenalkan.

Menurut Kadir, berbanding Malaysia, perkhidmatan teksi motosikal itu diperkenalkan di Indonesia bertujuan mengatasi kesesakan lalu lintas selain kekurangan pengangkutan awam.

"Ojek adalah pengangkutan awam tidak formal menggunakan motosikal di Indonesia. Tujuannya mengatasi kesesakan lalu lintas dan kekurangan pengangkutan awam.

"Soalannya ialah adakah Kuala Lumpur sesak dan kurang pengangkutan awam seperti Jakarta? Apakah ini pengakuan bahawa berpuluh bilion ringgit yang dibelanjakan membina MRT, LRT dan Rapid KL serta memperluaskan sistem jalan raya gagal mencapai matlamat?" kata Kadir dalam status yang dimuat naik di Facebooknya pada Khamis.

Entri Kadir itu merujuk pada keputusan kerajaan pada Rabu yang bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan Gojek.

Bagaimanapun, menurut Menteri Pembangunan dan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof, jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Keputusan kerajaan membenarkan operasi Gojek itu turut mencetus kebimbangan pada Kadir terhadap jaminan keselamatan.

"Apakah jaminan keselamatan memandangkan kadar kemalangan jalan raya dan nisbah kematian yang tinggi khususnya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal?,

Selain isu keselamatan, Kadir juga mempersoalkan, apakah pengenalan perkhidmatan Gojek akan menjadi satu lagi kegiatan ekonomi yang akan meletakkan Bumiputera di anak tangga terendah dalam hierarki pendapatan.

BACA: Kabinet setuju pelaksanaan gojek – Redzuan

BACA: Gojek – beri manfaat atau …?

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.