Kabinet belum yakin cadangan pulihkan MAS

Diposting pada

Kabinet belum yakin cadangan pulihkan MAS

Kabinet belum yakin cadangan pulihkan MAS

SEPANG: Kerajaan kini sedang mempertimbang beberapa tawaran dan kertas cadangan berkenaan pengambilalihan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinet masih belum yakin sepenuhnya dengan cadangan yang dikemukakan.

“Kita sedang meneliti banyak kertas cadangan berkenaan bagaimana mereka ingin mengambil alih MAS termasuk proses untuk memulihkannya semula.

“Tapi hingga masa kini, kami (Kabinet) masih belum yakin, tapi kami akan mempertimbang segala kertas cadangan yang dikemukakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengasas Bersama Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab dilaporkan mahu menyelamatkan MAS dengan cadangan pengambilalihan yang telah dikemukakan kepada Dr Mahathir.

Usaha Pahamin bersama lima usahawan yang namanya tidak didedahkan namanya itu dikatakan bukan atas asas komersial tetapi lebih kepada semangat cintakan negara.

Pahamin juga dikatakan komited tidak akan ada pembuangan pekerja sekiranya pengambilalihan itu terjadi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.