Jumpa peralatan proses syabu di restoran miliknya, Zul Yahya terkilan

Diposting pada

Jumpa peralatan proses syabu di restoran miliknya, Zul Yahya terkilan

Merdeka

PELAKON Zul Yahya meluahkan rasa terkilan apabila menemui peralatan yang biasanya digunakan oleh penagih methamphetamine atau syabu.

Perkara tersebut dikongsi Zul menerusi postingnya di laman Instagam (IG) pada petang Khamis.

Zul berkata, dia mengesyaki barangan tersebut milik pekerja restorannya dan berasa sedih dengan perkara tersebut.

Tambahan lagi katanya, mereka (pekerja) adalah remaja yang datang dari luar bandar dan keluarga susah.

“Assalammualaikum, ini antara masaalah yang saya hadapi dari perkerja-pekerja di restoran saya.  Yang menyedihkan mereka di kalangan anak-anak remaja luar bandar dan dari keluarga susah.

“Tetapi kerana pergaulan yang salah dan kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan…Letih! Sampai bila anak-anak bangsa kita nak hancur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zul sempat berpesan kepada ibu bapa agar mengambil tahu tentang pergaulan anak-anak.

“Pesanan kepada ibu bapa, ambil tahu tentang pergaulan anak-anak, periksa apa yang anak-anak simpan dalam kehidupan mereka,” pesannya.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum… Ini antara masaalah yg sy hadapi dari perkerja2 di restoren sy. Yg menyedihkan mereka dikalangan anak2 remaja luar bandar dan dari keluarga susah tp kerana pergaulan yg salah dan kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan.. Letih!!!! Sampai bila anak2 bangsa kita nak hancur PESANAN PADA IBU BAPA AMBIL TAHU TENTANG PERGAULAN ANAK2 PERIKSA APA YG ANAK2 SIMPAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA. #shabu

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

 

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.