"Jumpa pemimpin pembangkang perkara biasa" – Tun Mahathir

Diposting pada

"Jumpa pemimpin pembangkang perkara biasa" – Tun Mahathir

"Jumpa pemimpin pembangkang perkara biasa" - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pertemuannya dengan beberapa pemimpin parti pembangkang sebagai perkara biasa dalam rutin hariannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut Dr Mahathir, beliau melakukan pertemuan dengan banyak pihak termasuk dari parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka (pemimpin pembangkang) datang daripada pelbagai parti termasuk PAS, UMNO dan dari Sarawak mahu berjumpa saya, jadi saya jumpa.

“Apabila mereka luahkan sokongan, saya berterima kasih," kata beliau dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa, yang berlangsung di PICC pada Khamis.

Ditanya tentang sokongan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap beliau agar meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri selama sepenggal pula, Dr Mahathir berkata, itu bukan perkara baharu.

"Presiden PAS seringkali menyatakan yang beliau menyokong saya. Ini bukan perkara baharu,” katanya.

Pertemuan Dr Mahathir dengan beberapa pemimpin pembangkang seperti dilaporkan oleh akhbar The Star difahamkan sebagai menyatakan sokongan mereka agar Perdana Menteri berkhidmat sehingga habis penggal.

Laporan akhbar itu turut menyenaraikan antara pemimpin pembangkang yang mengadakan pertemuan secara rahsia dengan Dr Mahathir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

BACA: 'Saya tak bercadang jadi PM untuk sepenggal, namun … '- Tun Mahathir

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.