Juara dunia Sri Dasmesh setanding pancaragam Eropah

Diposting pada

Juara dunia Sri Dasmesh setanding pancaragam Eropah

Juara dunia Sri Dasmesh setanding pancaragam Eropah

SEPANG: Kumpulan pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band yang baru-baru ini muncul juara Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, menyifatkan kejayaan besar yang diperoleh mereka hari ini sebagai hadiah terhadap pengorbanan dan usaha yang dilakukan selama empat tahun.

Tewas pada kejohanan edisi 2015, mereka pantas memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang sewajarnya.

"Kami belajar balik semuanya dari bawah, kami dorong semua anggota, mereka semua masih muda. Kami latih semuanya tentang teori muzik, dari situ kami bina kumpulan.

"Kami ada tutor yang datang dari Australia, yang kami terpaksa bayar dan ia satu situasi kewangan yang sukar bagi kami. Anggota kumpulan serta ibu bapa mereka juga banyak berkorban," kata drum sergeant, Tripert Singh Khalsa.

Kemenangan itu juga merupakan satu bentuk sumbangan dan hadiah kepada negara sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62, yang akan disambut hujung bulan ini.

"Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk anda, tetapi apa yang anda boleh buat untuk negara. Sri Dasmesh sudah melaksanakan tanggungjawab kami, kami sudah bawa balik trofi dan meletak Malaysia dalam peta Eropah.

"Semua orang di Scotland terkejut, kami berjaya menewaskan kumpulan di sana, dan menang trofi," ujar Tripert.

Mereka ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin.

Dalam masa yang sama, kumpulan ini juga berharap kemenangan ini akan membuka mata banyak pihak untuk membantu mereka merencana perancangan dengan lebih teratur selepas ini, sekaligus membawa nama negara ke pentas dunia.

Dalam kejohanan itu, Sri Dasmesh muncul satu-satunya wakil Asia yang berjaya menempa kemenangan, dengan membawa pulang tiga trofi utama, iaitu perarakan terbaik, drum corp terbaik dan band terbaik keseluruhan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.