Jokowi akhiri lawatan rasmi, solat Jumaat bersama Tun Mahathir di Masjid Putra

Diposting pada

Jokowi akhiri lawatan rasmi, solat Jumaat bersama Tun Mahathir di Masjid Putra

Jokowi akhiri lawatan rasmi, solat Jumaat bersama Tun Mahathir di Masjid Putra

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakhiri lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia dengan menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jokowi yang tiba 1.30 petang menaiki kereta Proton Persona berwarna merah yang dipandu Dr Mahathir.

Sejurus tiba, kedua-dua pemimpin kemudian menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah bertajuk “Zulhijjah Kemuncak Ibadah Haji” yang disampaikan oleh Imam Masjid Putra, Ustaz Muktasyaf Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dan pasangan masing-masing sebelum itu menjamu selera di kediaman rasmi, Seri Perdana yang dihoskan Dr Mahathir.

Usai solat Jumaat, Jokowi dan isteri ke Kompleks Bunga Raya dan berlepas ke Singapura bagi menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura Ke-54.

BACA: Sekali lagi Tun Mahathir pandu Jokowi, adakah kereta ASEAN bakal jadi realiti?

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.