Jho Low suruh saksi berbohong mengenai draf bank RM139 juta dikeluarkan oleh SRC

Diposting pada

Jho Low suruh saksi berbohong mengenai draf bank RM139 juta dikeluarkan oleh SRC

Jho Low suruh saksi berbohong mengenai draf bank RM139 juta dikeluarkan oleh SRC

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, telah meminta bekas pengurus perhubungan Joanna Yu Ging Ping berbohong untuk tujuan menunaikan sekeping draf bank bernilai RM139 juta yang dikeluarkan oleh akaun AmBank SRC International Sdn Bhd, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Yu, 48, berkata draf bank itu kononnya dikeluarkan untuk membayar Putra Perdana Construction Sdn Bhd bagi pihak Gandingan Mentari Sdn Bhd, tetapi beliau menambah, Gandingan Mentari bukanlah anak syarikat SRC pada waktu itu.

Saksi pendakwaan ke-54 itu berkata Jho Low telah memintanya berbohong mengenai draf bank itu pada Julai 2014.

Beliau berkata, Jho Low juga memintanya untuk "mereka-reka cerita" mengenai draf bank yang dikeluarkan kepada AmBank dan Public Bank itu.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-47 perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit : Dia minta kamu mereka-reka cerita?

Yu : Ya.

Harvinderjit : Kepada bank kamu sendiri (AmBank) dan Public Bank?

Yu : Ya, dia mungkin meminta kami mengesahkan cerita itu.

Harvinderjit : Dia minta kamu berbohong?

Yu : Ya.

Harvinderjit : "Dia" maksudnya Jho Low?

Yu : Ya.

Ditanya lagi, Yu mendedahkan, wang SRC telah dipindahkan ke akaun Najib untuk mengelak terlebih dikeluarkan.

Beliau berkata arahan untuk memindahkan wang itu datang daripada Jho low.

Harvinderjit : Usaha yang dilakukan oleh Jho Low adalah untuk memastikan (bahawa) cek-cek itu tidak tendang?

Yu : Ya.

Harvinderjit : Ada dana diterima? 19 desposit tunai dalam jumlah yang sangat besar. Kesemua itu untuk tujuan agar cek-cek itu tidak tendang?

Yu : Ya untuk akaun MNR (Mohd Najib Razak).

Harvinderjit : Sekarang, biar saya kira. Pada Februari 2015, satu keadaan timbul cecara mendesak yang memerlukan wang dimasukkan ke dalam akaun.

Yu : Ya, untuk mengelak terlebih keluar.

Harvinderjit : Kamu nampak faktanya bahawa kamu tahu wang itu datang dari SRC?

Yu : Ya, SRC.

Harvinderjit : Dia (Jho Low) telah mengaturkan supaya dana untuk SRC dikeluarkan dari SRC (dan) pergi ke akaun 880?

Yu : Ya.

Najib, 66, sedang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.