Jho Low beritahu saya 'Eagle 27' adalah derma – Saksi

Diposting pada

Jho Low beritahu saya 'Eagle 27' adalah derma – Saksi

Jho Low beritahu saya 'Eagle 27' adalah derma - Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, cuba memperdayakan seorang bekas ahli bank bahawa wang RM27 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah datang daripada SRC International Sdn Bhd, sebaliknya 'derma daripada kerabat diraja'.

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, bersetuju dengan cadangan peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, berdasarkan surat arahan untuk memindahkan RM27 juta daripada sebuah syarikat pembinaan, Permai Binaraya Sdn Bhd kepada akaun 1MY Najib, dengan nombor akhir 880.

Terdahulu, saksi itu mengesahkan RM35 juta daripada SRC International dipindahkan ke dalam akaun Putra Perdana Construction Sdn Bhd, dan RM34.99 juta kemudian dipindahkan pula ke dalam akaun anak syarikatnya, Permai Binaraya.

Sebahagian daripada jumlah itu — RM27 juta daripada Permai Binaraya — diberi gelaran 'Eagle 27' oleh Jho Low.

Harvinderjit: Berdasarkan penyata Maybank Permai Binaraya, jumlah RM27 juta berasal daripada Putra Perdana Construction Sdn Bhd?

Yu: Ya

Harvinderjit: Dia (Jho Low) cuba meyakinkan kamu wang itu bukan daripada SRC International. Itu satu pembohongan.

Yu: Ya.

Harvinderjit: Pembohongan yang sangat jelas.

Yu: Ya, tetapi….

Peguam kemudian memintas saksi dan menunjukkan isyarat beliau tidak mahukan penjelasan.

Harvinderjit: Jho Low cuba memperdayakan kamu supaya kamu tidak akan tahu bahawa wang RM27 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank dengan nombor akhir 880, kepunyaan Najib, berasal daripada SRC International.

Yu: Dia cuba memberitahu saya perkara itu.

Harvinderjit: Tidak. Dia cuba meyakinkan kamu supaya mempercayainya.

Peguam itu mencadangkan Jho Low telah berbohong kepada Yu dengan memberitahunya bahawa wang RM27 juta itu adalah derma daripada kerabat diraja sedangkan hakikatnya wang itu datang daripada SRC International.

Ini, cadang beliau, adalah supaya Yu akan mencatatkannya dalam dokumen bank sebagai hadiah atau derma.

Saksi itu bagaimanapun berkata mereka akan hanya berbuat demikian bagi matawang asing dan bukan bagi ringgit.

Harvinderjit: Adakah dia tahu perkara ini?

Yu: Saya tidak fikir begitu.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Prosiding di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung pada Isnin.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.