Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri kembali meningkat setakat 10 pagi

Diposting pada

Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri kembali meningkat setakat 10 pagi

Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri kembali meningkat setakat 10 pagi

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri kembali mencatat peningkatan kepada kategori 'Sangat Tidak Sihat', setakat 10 pagi ini.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman melonjak kepada bacaan 241 daripada 76 yang catat pada 12 tengah malam semalam.

Bacaan IPU di ILP Miri pula meningkat kepada 220 setakat 10 pagi daripada IPU 67 yang dicatat pada 12 tengah semalam.

Sementara itu, bacaan IPU di SK Baram 2 juga menunjukkan peningkatan dengan dari IPU 63 padalewat malam semalam kepada bacaan 118 pada 10 pagi ini yang dikategorikan sebagai 'Tidak Sihat'.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di 'Google Play' bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.