Jemaah haji tangguh pulang ekoran masalah teknikal pesawat dijangka tiba esok

Diposting pada

Jemaah haji tangguh pulang ekoran masalah teknikal pesawat dijangka tiba esok

Jemaah haji tangguh pulang ekoran masalah teknikal pesawat dijangka tiba esok

KUALA LUMPUR: SERAMAI 400 jemaah haji Malaysia yang sepatutnya tiba di tanah air pada Sabtu lalu akan berlepas dari Jeddah, Arab Saudi pada pukul 10 malam (waktu tempatan) pada Isnin.

Kelewatan itu berlaku disebabkan pesawat MAS A380-800, MH8311 yang sepatutnya membawa jemaah pulang pada Sabtu ke Kuala Lumpur dari Jeddah mengalami masalah teknikal yang hanya disedari ketika penumpang bersiap untuk berlepas.

Amal Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, kumpulan jemaah haji berkenaan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur sekitar pukul 3 petang (waktu Malaysia) pada Selasa.

“MH8311 dijadualkan berlepas dari Jeddah pada pukul 1.10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pukul 2.50 petang hari yang sama.

“Jurutera kami terus melakukan pemeriksaan ke atas pesawat. Bagaimanapun, kesulitan yang berlaku tidak mampu untuk dibaiki dalam kadar segera.

“Pada masa sama, kru Amal yang bertugas juga perlu melihat kepada jadual pengehadan penerbangan,” kata kenyataan itu lagi.

Kesulitan itu sekali gus menyebabkan semua jemaah menagguhkan kepulangan mereka sebelum ditempat di sebuah hotel  sekitar pukul 10.30 pagi selepas semua pemeriksaan selesai dijalankan.

Kenyataan itu turut memberitahuy, kebajikan kumpulan jemaah terbabit masih menjadi keutamaan Amal dan Lembaga Tabung Haji (TH).

"Amal dan TH amat kesal dengan kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu lagi.

BACA: Kerosakan teknikal, jemaah haji terpaksa tunggu lebih 33 jam di Jeddah

Terdahulu, pada Ahad, TH menerusi laman Facebook memuat naik status:

‘Untuk makluman tuan/puan, sehingga kini masih belum ada maklumat berkaitan penjadualan semula bagi KT11. Pihak TH akan memaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman FB TH rasmi selepas mendapat maklumat penjadualan semula daripada syarikat penerbangan. Tuan/Puan juga boleh menghubungi THCC di talian 03- 6207 1919 dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Pihak TH memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. terima kasih Sekian terima kasih’

Terdapat komen berbaur kekecewaan terutama apabila terdapat ahli keluarga jemaah yang sudah datang ke ibu negara sejak Sabtu, namun lewat menerima maklumat berhubung kelewatan itu.

Rata-rata mereka kecewa terutamanya ahli keluarga yang datang dari luar Kuala Lumpur dan Selangor antaranya Perak dan Terengganu.

Ada juga yang melahirkan kerisauan selepas gagal untuk menghubungi ahli keluarga bagi bertanyakan perkembangan terkini.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.