Jejak Nora : Rakyat Malaysia doakan agar semua urusan dipermudahkan

Diposting pada

Jejak Nora : Rakyat Malaysia doakan agar semua urusan dipermudahkan

Jejak Nora : Rakyat Malaysia doakan agar semua urusan dipermudahkan

KUALA LUMPUR: Petang tadi masyarakat digemparkan apabila berita mengenai penemuan mayat seorang perempuan berkulit putih kira-kira dua kilometer daripada lokasi Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan.

Namun buat masa ini, mayat yang dijumpai masih belum disahkan oleh pihak berkuasa bahawa ianya adalah tubuh badan milik remaja dari Ireland itu.

Di media sosial pula, rakyat Malaysia menzahirkan kata-kata semangat buat keluarga mangsa.

BACA : Satu mayat ditemui sewaktu operasi SAR mencari remaja hilang Nora Anne Quoirin


 

Masyarakat Malaysia harap keluarga Nora tabah menghadapi ujian ini

Rakyat Malaysia turut bersedih mengenai berita yang diterima

Rakyat Malaysia mendoakan agar semua urusan dipermudahkan

BACA : Keluarga Nora Anne zahirkan penghargaan, kagum dengan misi pencarian di ambang Aidiladha

BACA : Keluarga tawar RM50,000 jejaki Nora Anne

BACA : 'Jangan cepat buat andaian mayat itu adalah Nora Anne!' – Lucie Blackman Trust

Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti dan juga punca kematian mangsa.

Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.



Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.