Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' – Penganalisis Jenayah

Diposting pada

Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' – Penganalisis Jenayah

Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' - Penganalisis Jenayah

KUALA LUMPUR: Jika anda pernah masuk ke dalam hutan, anda mesti akan tahu kesan akibatnya kepada orientasi ataupun pemikiran seseorang.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata bagi seseorang yang menghidap sesuatu penyakit, ataupun dalam keadaan yang memerlukan bantuan perubatan, hutan sememangnya boleh mengelirukan.

“Hutan boleh mengelirukan dan sangat boleh mengelirukan, jadi setelah apa yang dilakukan ini saya percaya grid pencarian itu adalah konsisten,” kata Kamal.

Kamal menjelaskan tentang proses pengecaman mayat bahawa dalam kes yang terjadi ini, pihak polis akan memberitahu pihak keluarga terlebih dahulu, keluarga akan dibawa masuk.

"Seterusnya, mereka akan dibawa melihat apa yang ada di situ berdasarkan kepada pakaian, berdasarkan wajah, misalnya jika seseorang itu ada tatu, ataupun perhiasan cincin dan sebagainya," katanya ketika dihubungi hari ini. 

GALERI FOTO: Menjejaki Nora Anne Quoirin

Beliau diminta mengulas tentang proses atau gerak kerja dalam pengecaman mayat, selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat wanita berkulit putih yang berada dalam keadaan sempurna pada petang Selasa.


 

Dalam masa sama, Kamal menjelaskan bahawa punca atau lokasi kejadian ini akan diproses dengan teliti bagi melihat samada ia adalah kematian mengejut ataupun kematian luar biasa, ini akan memberikan indikator dan arah tuju kemana siasatan hendak dibuat seterusnya.

Terkini, polis mengesahkan pasukan SAR telah menemui satu mayat di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, pada Selasa.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan

BACA: Jejak Nora: 'Kawasan Gunung Berembun licin, permukaan bumi menegak' – Malim Gunung

BACA: Jejak Nora : Rakyat Malaysia doakan agar semua urusan dipermudahkan

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.