JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah

Diposting pada

JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah

JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah

GELANG PATAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor berjaya mengawal lebih separuh kebakaran hutan seluas 16 hektar.

Kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Gelang Patah itu masuk hari keempat pada Sabtu.

Ketua Zon 1, Penguasa Kanan Bomba Mohamad Faizul selamat berkata kebakaran berjaya dipadamkan  40 peratus hingga 50 peratus dari keluasan kebakaran.

Katanya, seramai 70 anggota dari 10 balai bomba dan penyelamat Zon 1 Johor ditugaskan memadam dan mengawal kebakaran.

Sehingga kini proses pemadaman masih dijalankan.

Pemadaman dibuat dengan teknik menggali parit di sekeliling kawasan terbakar supaya api dalam tanah tidak merebak.

Kebakaran sukar dipadamkan kerana ia melibatkan hutan gambut yang menyebabkan kebakaran bawah tanah turut berlaku.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor memaklumkan, sepanjang tahun ini sehingga 24 Ogos lalu terdapat 4,680 panggilan kes kebakaran terbuka dengan keluasan 107,358.09 hektar.

Ia berikutan musim panas dan kering yang berlaku dua kali sepanjang tahun ini iaitu pada Februari dan Mac serta Ogos dan September.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.