Jangan meroyan panggil Anwar PM kelapan – Khairuddin

Diposting pada

Jangan meroyan panggil Anwar PM kelapan – Khairuddin

Jangan meroyan panggil Anwar PM kelapan - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Tiada pihak boleh menggelar atau menulis Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan di dalam mana-mana surat rasmi kerana jawatan itu masih belum wujud di negara ini.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, panggilan itu sekali gus menyebabkan rakyat menyampah dengan PKR sekali gus kerajaan Pakatan Harapan (PH)

"Apa hendak jadi dengan kumpulan yang meroyan di dalam PKR sehinggakan urusan rasmi surat menyurat menggelar Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan?

"Jawatan Perdana Menteri kelapan belum wujud lagi. Bagaimana mereka boleh tulis jawatan itu kepada Anwar sedangkan ia belum rasmi lagi?

"Kalangan inilah yang membuatkan rakyat menyampah dengan PH. Jawatan yang belum ada sudah diadakan. Cara penulisan dalam surat itu melambangkan sikap kurang cerdik serta salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

BACA: Anwar selangkah bakal Perdana Menteri kelapan

BACA: Peralihan kuasa akan berlaku dalam tempoh dua tahun – Kadir Jasin

Sebelum ini tular di media sosial surat rasmi kehadiran Anwar di Terengganu pada 24 Ogos ini.

Surat yang menyatakan jawatan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan itu ditandatangani Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long.

Dalam pada itu Khairuddin mempersoalkan tindakan PKR Terengganu yang menggelar Anwar secara rasmi sebagai Perdana Menteri kelapan pada saat Tun Dr Mahathir Mohamad  masih memegang jawatan itu.

Khairuddin turut menggesa Majlis Presiden PH untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Wan Ismail kerana disifatkan sengaja membuat tindakan yang hakikatnya menjatuhkan imej PH.

Surat yang menggunakan kepala surat PKR Terengganu itu bagaimanapun telah disahkan sebagai palsu oleh Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, menerusi WhatsApp kumpulan komunikasi rasmi PKR.

u oleh Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, menerusi WhatsApp kumpulan komunikasi rasmi PKR.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.