'Jangan cepat buat andaian mayat itu adalah Nora Anne!' – Lucie Blackman Trust

Diposting pada

'Jangan cepat buat andaian mayat itu adalah Nora Anne!' – Lucie Blackman Trust

'Jangan cepat buat andaian mayat itu adalah Nora Anne!' -  Lucie Blackman Trust

KUALA LUMPUR: Lucie Blackman Trust, badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Britain menggesa masyarakat untuk tidak tergesa-gesa membuat andaian bahawa mayat wanita yang dijumpai kira-kira 2km dari lokasi Nora Anne Quoirin, 15 tahun dilaporkan hilang 4 Ogos lalu adalah milik remaja Ireland berkenaan.

Dalam satu status Facebook yang dimuat naik pada 4 petang Selasa, Lucie Blackman Trust berkata pihak polis tempatan masih sedang mengenal pasti identiti mayat itu.

Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti dan juga punca kematian mangsa, kata kenyataan media Lucie Blackman Trust.

 

Menurut kenyataan media itu, badan NGO itu turut menggesa agar semua pihak menghormati dan jangan menganggu keluarga mangsa, buat masa ini.

Segala perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.