Jalan mengundur demi selamatkan hutan

Diposting pada

Jalan mengundur demi selamatkan hutan

Jalan mengundur demi selamatkan hutan

JAKARTA: Seorang lelaki di Indonesia sanggup berjalan kaki secara mengundur sejauh 700 kilometer (km) dari rumahnya di Jawa Timur ke ibu negara dalam usahanya untuk menyelamatkan hutan di negara itu.

Medi Bostani, 43, memulakan perjalanan pada pertengahan Julai lalu dan menyasarkan untuk tiba di Jakarta pada 16 Ogos, sehari sebelum ulang tahun kemerdekaan Asia Tenggara.

Setiap hari, Medi berjalan mengundur 20 hingga 30 km di bawah terik matahari dengan bantuan cermin sisi yang diletakkan pada beg sandangnya bagi mengelakkan dia daripada terlanggar sebarang objek.

“Sudah tentu saya penat tetapi saya sanggup melakukannya untuk generasi akan datang.

“Rumah saya kini semakin gondol. Semua pokok telah ditebang. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu,” katanya.

Menurutnya, berjalan mengundur merupakan isyarat kepada penduduk Indonesia untuk mengenang kembali masa lalu dan mengingati bagaimana wira negara berjuang untuk kebaikan negara.

Difahamkan, Medi mendapat sorakan gemuruh di sepanjang perjalanannya. Malah, ada juga penduduk setempat menawarkan makanan atau tempat untuk bermalam.

Setibanya di Jakarta, bapa kepada empat anak itu berhasrat untuk bertemu Presiden Joko Widodo bagi menekankan tentang penebangan hutan yang berleluasa di seluruh kepulauan Jawa Timur termasuk rumahnya di Gunung Wilis, sebuah kawasan gunung berapi tidak aktif.

Berdasarkan laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Greenpeace, Indonesia adalah salah satu negara yang mempunyai kadar pembasmian hutan paling tinggi di dunia. – Agensi

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.