Jabatan Meteorologi keluar nasihat Ribut Tropika Podul

Diposting pada

Jabatan Meteorologi keluar nasihat Ribut Tropika Podul

Jabatan Meteorologi keluar nasihat Ribut Tropika Podul

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa malam, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan berlakunya angin kencang dan laut bergelora dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah.

"Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 malam ini (Selasa), kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 140 km ke Tenggara Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 35 km sejam," katanya.

Menurut kenyataan itu, kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 65 km sejam.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.