'Itu bukan FB ayah saya, orang lain sengaja nak kutuk saya' – Cash Farhan

Diposting pada

'Itu bukan FB ayah saya, orang lain sengaja nak kutuk saya' – Cash Farhan

'Itu bukan FB ayah saya, orang lain sengaja nak kutuk saya' - Cash Farhan

PENYANYI baru, Cash Farhan meminta orang ramai tidak mempercayai sebuah akaun Facebook (FB) ynag menggunakan nama bapanya, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Penyamar tersebut menggunakan nama Ahmad Said untuk mengutuk Cash Farhan menerusi posting-postingnya.

Cash Farhan atau nama sebenarnya Muhamad Asyrol Farhan Ahmad, berkata, dia sudah maklum mengenai akaun penyamar tersebut sejak dulu lagi.

Akaun penyamar yang menggunakan nama bekas menteri besar Terengganu dan menggunakan foto kanak-kanak ini dan dikatakan sebagai Cash

Kata Cash, bapanya hanya memiliki satu akaun tulen menggunakan nama ‘Ahmad Said’ yang dijaga dan dikemaskini oleh admin.

“FB penyamar tu memang dah lama dan selalu muat naik benda mengarut, mencarut pun ada. Ayah saya ada FB tapi dijaga oleh admin dan tidaklah aktif seperti penyamar itu.

“Saya nampak beberapa posting kononnya ‘ayah’ tidak suka nama saya dan saya orang Kemaman tidak sedar diri kerana berimej k-pop, tak apalah… biarkan.


Cash dan keluarga

“Benda kecil saja tu… Dulu ayah saya kena kecam lagi teruk tapi saya tengok dia ‘steady’ saja. Jadi setakat perli-perli saya berimej k-pop tu apalah sangat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Cash sempat memberitahu mengenai mengapa memilih menggunakan ‘Cash Farhan’ sebagai nama pentas.


Cash (kanan) pernah dikatakan sebagai anak angkat

“Ramai orang cakap kenapa ‘Cash’… kenapa tak letak kad kredit atau tunai? Haaa.. jawapannya ialah saya ambil huruf C daripada bintang kelahiran saya iaitu Capricorn dan Ash daripada singkatan nama saya Asyrol,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Cash kini dalam rangka promosi single berjudul ‘Trust’ yang dicipta bersama penyanyi Ewal Ismail manakala lirik olehnya sendiri.

Lagu Trust sudah boleh distrim di semua pelantar digital termasuk Spotify dan Youtube.

 

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.