Isu pejabat UMNO Pekan ditembak: Muhyiddin persoal Najib

Diposting pada

Isu pejabat UMNO Pekan ditembak: Muhyiddin persoal Najib

Isu pejabat UMNO Pekan ditembak: Muhyiddin persoal Najib

MUAR: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru mendedahkan dirinya pernah menerima ancaman penembak tepat atau sniper, di Pekan, Pahang, dua tahun lepas.

Beliau berkata kenapa persoalan itu ditimbulkan sekarang, kerana pada 2017 Najib masih menjadi Perdana Menteri dan soal-soal negara di tangannya, jika ada peristiwa ditembak oleh sniper atau sesiapapun, apa Perdana Menteri dan polis (ketika itu) buat?

"Jika itu satu perbuatan yang agaknya berniat jahat, ini bukan perkara main-main dan sepatutnya mereka memandang berat waktu itu dan minta supaya pihak berkuasa di bawah kekuasaan beliau sebagai Perdana Menteri untuk buat siasatan," katanya di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata jika benar laporan polis telah dibuat pada ketika itu, sudah tentu kerajaan tidak akan memandang ringan terhadap kejadian yang membabitkan pemimpin negara.

BACA: Najib kongsi gambar kesan tembakan di pejabat UMNO Pekan

"Siasatan segera perlu dilakukan bagi mengenal pasti siapa dalang yang terbabit. Pada waktu itu bukan Pakatan Harapan yang memegang kerajaan, kami di sebelah pihak pembangkang," ujar Muhyiddin.

Baru-baru ini Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilaporkan berkongsi insiden itu ketika berucap di Wacana Ilmu: 'Hard Truth: Cash is King' di Kuala Lumpur, dengan mendakwa tembakan itu disasarkan di tepi kaca cermin bilik pejabatnya.

Isu MB Johor lepas jawatan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan ahli parti yang sengaja menyebar fitnah mengenai kononnya Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal akan melepaskan jawatan.

"Saya anggap penyebaran berita palsu itu sebagai satu perbuatan jahat.

"Kenapa dia nak letak jawapan. Dia baru dilantik dan sedang menjalankan tugas dengan baik. Ini semua fitnah untuk mengelirukan masyarakat. Perbuatan jahat yang mungkin ada kumpulan yang iri hati dan tak berpuas hati. Tapi saya nak nyatakan, itu adalah perkara yang tidak benar sama sekali," katanya.

Baru-baru ini terdapat khabar angin kononnya Dr Sahruddin akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor selepas didedahkan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, dipercayai pro-pembangkang.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.