Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian

Diposting pada

Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian

Merdeka

"SAYA sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya."

Itu pengakuan kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, kepada portal BH Online berhubung spekulasi rumah tangganya dengan aktor Sharnaaz Ahmad berantakan.

Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Dalam temu bual dengan Berita Harian, Nabila juga menegaskan, apa yang penting ialah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.

“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” ujar Nabila lagi.

Beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan Sharnaaz dan Nabila menjadi perhatian apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Nabila juga dilaporkan memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.

Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

BACA: 'Kakak dah lalui pelbagai dugaan' – Neelofa ulas dakwaan Noor Nabila fail perceraian

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.