Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Agong

Diposting pada

Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Agong

Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Agong

PEREKA fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

Rizalman mendoakan kesejahteraan buat Raja Permaisuri Agong yang juga teman rapatnya itu.

"Patik ingin Merafak Sembah di atas ulang tahun keputerian KBDYMM Raja Permaisuri Agong pada hari ini.

"Semoga Allah SWT melimpahkan segala kurniaNya, RahmatNya, di ampun dosa serta dipanjangkan usia ke atas Duli Tuanku sebagai Permaisuri, Isteri dan juga ibu," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut menulis ucapan untuk Raja Permaisuri Agong dan turut mendoakan kesejahteraan buat baginda.

BACA: Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman

BACA: #AgongKita: Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad – Rizalman Ibrahim

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Patik ingin Merafak Sembah di atas Ulangtahun Keputerian KBDYMM Raja Permaisuri Agong pada hari ini. Semoga Allah SWT melimpahkan segala kurniaNya, rahmatNya, di ampun dosa serta di panjangkan usia ke atas Duli Tuanku sebagai Permaisuri,Isteri dan juga Ibu.

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Pada Selasa minggu lalu, Rizalman telah menyiapkan persalinan buat Raja Permaisuri Agong serta puteri-puteri baginda  ketika Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Selain itu, pereka fesyen berprofil tinggi ini juga diberi kepercayaan untuk menata rias Balairung Seri Istana Negara sempena istiadat bersejarah itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.