Ini sebabnya kenapa Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa

Diposting pada

Ini sebabnya kenapa Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa

Ini sebabnya kenapa Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak berkongsi telah menerima sejambak bunga daripada Neelofa.

Ia sebagai penghargaan kepada Zizan kerana telah menghulurkan pertolongan semasa pengacara itu berdepan masalah visa untuk menunaikan ibadah haji pada Rabu lalu.

Zizan adalah individu yang telah membantu Neelofa memperkenalkan beberapa individu di kedutaan Arab Saudi bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu sewaktu saya memerlukan bantuan dan memperkenalkan saya kepada beberapa individu dari kedutaan Arab Saudi.

"Bantuan anda sangat saya hargai dan ia tak mungkin terlaksana tanpa pertolongan ikhlas anda. Terima kasih," tulis Neelofa di atas sekeping kad.

Perkara itu dikongsikan oleh Zizan menerusi Instagram Stories miliknya pada Jumaat lalu.

BACA: Selamat berlepas ke Jeddah, Neelofa bersyukur dapat selesaikan isu visa

BACA: 'Tak dapat berangkat ke Jeddah atas masalah visa…' – Neelofa

Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa

Terdahulu, Neelofa mendedahkan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji bersama jemaah lain tergendala selama dua hari kerana mempunyai masalah visa.

Neelofa bersama ahli keluarganya sepatutnya berangkat menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos lalu.
 

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.