"Ingat lagi masa tengah nazak, nyawa dah 50-50 …" – Fendy Bakry

Diposting pada

"Ingat lagi masa tengah nazak, nyawa dah 50-50 …" – Fendy Bakry

"Ingat lagi masa tengah nazak, nyawa dah 50-50 ..." - Fendy Bakry

PELAKON Fendy Bakry menyentuh hati peminatnya menerusi ucapan hari jadi yang diraikan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Dalam ucapan itu, Fendy turut mengenang semula detik ketika dia pernah menderita penyakit misteri beberapa tahun lalu.

"Nak ucap terima kasih banyak kepada semua yang kirimkan dua, selalu buat solat hajat, selalu nasihat dan selalu juga membawang. Semuanya aku sayang!

"Disebabkan semua kalian semualah, aku berjaya lalui detik-detik sukar dalam hidup aku.

"Aku ingat lagi masa aku tengah nazak… Nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok Tweet dan mesej dari kalian semua.

"Di sini aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang dari kalian semua.

"Bertarung nyawa bukanlah sesuatu benda yang sangat mudah tapi disebabkan kasih sayang dan semangat kalian pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

"Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua yang kalian nampak pada aku itu sesuatu yang indah," tulisnya dalam satu entri khas di Instagram.

BACA: Fendy Bakry jatuh sakit tiba-tiba
 
BACA: Tahap kesihatan semakin pulih, Mr Grey dibenarkan balik rumah

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

11 Ogos tahun dot dot dot.. Lahir la sorang budak yang tak dengar cakap.. kasar dan semua malaun dan ank hantu ada kat dia.. Perghhhh!!! tak sangka tertambah 1 lagi angka untuk warga emas nie.. hahahahaha Apa2 aku nak hampa tau yang aku nie nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hampa semua yang mana duk kirimkan doa.. selalu buat solat hajat.. selalu nasihat dan selalu jugak membawang.. Semuanya aku sayang!!

Reda dengan segala ketentuan ilahi, tambah Fendy Aidiladha tahun ini telah memberikan makna mendalam baginya.

"Aidiladha sangat bermakna buat aku dan harapkan ia memberi beribu makna kepada kalian semua," ujar Fendy lagi.

Pelakon yang mula popular dengan drama bersiri Mr Grey sekitar tahun 2018 itu didakwa menderita penyakit misteri ketika penggambaran drama terbabit.

Malah, dikhabarkan pelakon itu pulang ke kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.