Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan

Diposting pada

Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan

Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan

HUTAN Amazon sedang terbakar pada kadar satu padang bola setiap minit namun malapetaka ini tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada Presiden Brazil Javier Bolsorano.

Pemantauan dari ruang angkasa menggunakan satelit jelas menunjukkan tompok-tompok haba yang menjadi bukti kukuh keadaan sebenar yang berlaku di bumi Brazil.

Bolsonaro memenangi pilihanraya Brazil pada Oktober 2018 menjanjikan pembaharuan termasuk membanteras korupsi, pertingkat tahap keselamatan awam dan yang lebih penting – menggalakkan pembangunan ekonomi.

Pemerintahan Bolsonaro menggangap kawalan ketat terhadap penerokaan hutan Amazon  bagi tujuan pertanian dan perladangan membantut perkembangan ekonomi Brazil. Hak asasi kaum asal yang bergantung hidup kepada hasil hutan yang kian pupus juga turut diketepikan Bolsonaro.

BACA: Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan

Beberapa langkah telah diambil sejurus mengambil alih tampok pemerintahan termasuk memberi kebenaran penerokaan hutan Amazon bagi tujuan pembangunan yang disifat mengabaikan dan hak hak kaum asal melalui aktiviti pembalakan, perlombongan dan perladangan.

Masyarakat antarabangsa melalui pertubuhan alam sekitar menyuarakan kebimbangan terhadap penerokaan hutan Amazon melalui pembakaran yang kini jelas terasa oleh penduduk tempatan dan juga negara jiran.

Bolsonaro langsung tidak mengindahkan tentangan dalam dan luar negara walaupun bukti jelas melalui pantauan satelit menunjukkan pembakaran hutan Amazon kini berada pada tahap berleluasa.

Ini termasuk dakwaan hutan Amazon sedang digondolkan pada kadar seluas satu padang bola setiap minit.

Impak pembakaran ini membahayakan alam sekitar sejagat kerana hutan Amazon antara penyerap karbon yang penting yang masih wujud. Kehilangan hutan Amazon akan memberi impak negatif kepada usaha melambatkan pemanasan global yang akan menyebabkan naiknya paras laut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.