Guru dipenjara 6 bulan kerana cium pelajar 14 tahun

Diposting pada

Guru dipenjara 6 bulan kerana cium pelajar 14 tahun

Merdeka

SINGAPURA: Seorang guru di Singapura dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada Selasa kerana mencium bibir pelajar berusia 14 tahun sebanyak dua kali.

Guru lelaki berusia 35 tahun itu mengaku salah terhadap tuduhan melakukan gangguan seksual pada anak bawah umur.

Mahkamah diberitahu guru berkenan mengajar pelajar di peringkat rendah dan menengah, namun tidak direkodkan dalam dokumen mahkamah.

Tertuduh juga diberitahu bertanggungjawab mengelola aktiviti ko-kurikulum (CCA) sekolah yang turut disertai mangsa.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, guru lelaki itu mengenali mangsa ketika sama-sama terlibat dalam CCA.

Bermula dari situ, dia mengirim pesanan ringkas kepada pelajar perempuan itu.

Sebelum kejadian itu berlaku, guru dan pelajar itu pernah beberapa kali bertemu termasuk ke kedai gunting rambut dan minum bersama pada 18 Julai 2018.

Seminggu kemudian, kedua-duanya sekali lagi keluar minum bersama di sebuah pusat beli-belah.

Sementara pada 28 Julai tahun lalu, guru berkenaan yang memandu kenderaannya telah membawa sekumpulan pelajar termasuk mangsa keluar menonton sebuah pementasan.

Sebaik pementasan itu berakhir, guru tersebut telah mengajak mangsa untuk makan malam bersama di sebuah restoran Jepun dan dipersetujui pelajar perempuan itu.

Selesai makan malam, mangsa telah diminta untuk duduk di sebelahnya seraya guru berkenaan meletakkan tangannya ke bahu pelajar perempuan itu sebelum dia bersandar dan mencium bibir mangsa.

"Mangsa sangat terkejut dan bimbang," kata pendakwaraya.

"Dia (mangsa) berasa sangat malu dan ketakutan. Tidak tahu apa reaksi yang patut diberi, dia (mangsa) hanya ketawa."

Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan restoran berkenaan dan mangsa memberitahu dia mahu pulang ke rumah.

Bagaimanapun, ketika beriringan pulang, tertuduh sekali lagi bersandar pada remaja perempuan itu lantas mencium di bibirnya.

Tindakan pantas itu menyebabkan mangsa tergamam dan tidak mampu bersuara.

Pelajar perempuan itu kemudiannya pulang ke rumah bapanya selepas ditemani guru itu separuh jalan.

Mangsa turut mengadu kepada gurunya yang tertuduh telah menyentuh dan menciumnya beberapa kali tanpa kerelaaannya pada Julai 2018.

Tindakan guru berkenaan juga menyebabkan mangsa kurang selesa.

Mendengar aduan yang dibuat itu menyebabkan seorang guru wanita membuat laporan polis sebulan kemudian sebelum tertuduh ditangkap.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.