Gojek beri pendapatan kepada belia – Presiden ILKBS

Diposting pada

Gojek beri pendapatan kepada belia – Presiden ILKBS

Gojek beri pendapatan kepada belia - Presiden ILKBS

KANGAR: Keputusan kerajaan meluluskan khidmat teksi motosikal Gojek seperti di Indonesia dianggap langkah terbaik dalam membantu memberikan pendapatan sampingan kepada para belia di negara ini.

Presiden Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia, Samsudin Oli Mohamed berkata banyak kebaikan serta manfaat yang bakal dinikmati oleh belia yang memilih perkhidmatan ini.

"Peluang pekerjaaan semakin terhad ketika ini. Jadi, mereka (belia) boleh mencari pendapatan sampingan. Tidaklah mereka hanya duduk di rumah dan goyang kaki sahaja. Masa juga akan terisi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Samsudin, ianya bukan semata-mata memberi perkhidmatan pengangkutan kepada orang awam, malah pelbagai kemudahan lain tersedia selepas ini.

"Pekhidmatan seperti penghantaran makanan, penghantaran barangan (kurier) dan sebagainya. Ini memanfaatkan pelbagai pihak dengan orang ramai tidak perlu keluar sekaligus mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengkaji dari aspek keselamatan malah mengasingkan jantina antara lelaki perempuan bagi mengelakkan masalah lain.

Gojek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Pada 17 Ogos lepas, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengadakan kaji selidik dalam media sosial mengenai cadangan memperkenalkan Gojek di Malaysia yang tujuannya untuk membantu golongan muda membina perniagaan kecil.

Menurutnya, perkhidmatan itu untuk membantu golongan mat motor mendapat peluang pekerjaan selain membantu usahawan muda untuk menjual barangan mereka dengan perkhidmatan berkenaan.

Empat hari kemudian, mesyuarat Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan KBS untuk melaksanakan Gojek namun KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil dengan perincian undang-undang secepat mungkin sebelum ia boleh dilaksanakan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.