#GempaJakarta: Tiada rakyat Malaysia terkesan

Diposting pada

#GempaJakarta: Tiada rakyat Malaysia terkesan

#GempaJakarta: Tiada rakyat Malaysia terkesan

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Ritcher yang mengegar Barat Daya Banten, Indonesia, pada Jumaat.

Kementerian Luar memaklumkan setakat ini Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa tempatan.

Jelas kenyataan itu lagi, kementerian sentiasa memantau perkembangan kejadian bencana alam itu. 

“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan media.

Gambar: Kenyataan Media Kementerian Luar

Tambah kenyataan itu ;lagi, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +6225224947 atau +6281380813036 atau menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my.

Pada 7.03 malam Jumaat, Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengeluarkan ancaman Tsunami selepas gempa berlaku pada kedalaman 59 kilometer iaitu 227 kilometer dari bandar Teluk Betung, Indonesia.

Bagaimanapun, amaran itu ditarik balik oleh pihak berkuasa pada pukul 9.30 malam waktu tempatan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.