Gambar Mowgli Malaysia terpilih dipamerkan di Itali

Diposting pada

Gambar Mowgli Malaysia terpilih dipamerkan di Itali

Gambar Mowgli Malaysia terpilih dipamerkan di Itali

GAMBAR 'Mowgli Malaysia' atau Mohd Syukor Khamis, 14, bersama kerbau peliharaannya sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi.
 
Berita gembira itu dikongsi jurugambar Nazri Sulaiman menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.
 
Menurut Nazri, dia tidak menyangka gambar adik Syukor terpilih untuk dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini.
 
"Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah.
 
"Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah," katanya.
 
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.

 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata wargnet mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.
 
Kebanyakan mereka menyifatkan berita baik itu sebagai satu kejayaan yang membanggakan Malaysia.
 
Untuk pengetahuan, kejayaan dikecapi Mohd Nazri bukanlah kali pertama yang membabitkan Syukor.
 
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
 
Sebelum ini, Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
 
Budok Kuba terbitan Arie Zaharie Production merupakan telemovie pertama yang menyaksikan kemunculan Syukor sebagai pelakon utama.
 
Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu Nazri dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.
 
BACA: "Lepas Berlakon Budok Kuba, Saya Nak Berehat…" – Syukor Khamis 'Mowgli Malaysia'
 
 

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.