Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh

Diposting pada

Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh

Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh

GUINEA: Enam kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun maut akibat disambar petir ketika membancuh teh di bawah pokok mangga dalam kejadian yang berlaku di pantai barat Guinea pada Rabu.

Agensi berita AFP melaporkan, terdahulu, kawasan sekitar Kota Siguiri yang berdekatan dengan Mali itu telah dilanda ribut.

Menurut seorang saksi yang merupakan penduduk tempatan, Mamadi Doumbouya, sebelum insiden itu, terdapat sekitar lapan kanak-kanak di lokasi kejadian.

“Saya mengajak mereka untuk berteduh di dalam rumah saya. Kedua-dua ibu yang turut berada di situ terus masuk ke dalam rumah, tetapi anak-anak tetap berada di bawah pohon untuk membuat teh," kata Doumbouya.

Petir menyambar saat Doumbouya keluar untuk menarik mereka masuk, namun kanak-kanak itu terus terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedar.

"Enam daripada mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Mangsa melibatkan lima kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia empat tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, doktor yang merawat dua kanak-kanak yang cedera memberitahu pihak hospital akan terus melakukan pemantauan ke atas mangsa yang mungkin mengambil masa selama beberapa hari.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.