Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

Diposting pada

Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

KUALA LUMPUR: Seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, ibu negara terhempas dari tingkat lima bangunan itu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.

"Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan.

"Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Foto JBPM

Foto JBPM

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.

"Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Foto JBPM

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.