Ekonomi Malaysia bakal naik melebihi 4.0 peratus dalam suku kedua – IBC Assets

Diposting pada

Ekonomi Malaysia bakal naik melebihi 4.0 peratus dalam suku kedua – IBC Assets

Ekonomi Malaysia bakal naik melebihi 4.0 peratus dalam suku kedua - IBC Assets

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sekurang-kurangnya 4.0 peratus pada suku kedua tahun ini selepas menerima sokongan eksport yang lebih kukuh, kata Ketua Penyelidikan IBC Assets Bhd Dr Serge Pierre Besanger.

Walaupun import mencerminkan penyusutan sebanyak 9.2 peratus kepada RM65.9 bilion dari tahun ke tahun pada Jun lepas, eksport bersih akan menjadi pendokong kepada pertumbuhan ekonomi dan terdapat peningkatan yang ketara dari sudut itu.

Besanger menambah bahawa imbangan perdagangan meluas kepada RM10.3 bilion pada Jun berbanding hanya RM9.1 bilion dalam bulan sebelumnya.

"Walaupun Thailand dan Indonesia boleh kehilangan status Sistem Keutamaan Umum (GPS) disebabkan oleh dakwaan pelanggaran harta intelek, Malaysia masih imun terhadap ancaman sedemikian memandangkan negara ini mempunyai rekod yang kukuh dalam menghormati harta intelek serta dasar yang lebih seimbang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Besanger, penggunaan swasta akan kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar sihat sebanyak sekurang-kurangnya 5.0 peratus pada suku kedua walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam kadar pengangguran serta dasar fiskal yang lebih ketat, ini dijangka akan memberi kesan terhadap permintaan domestik kerana kerajaan secara beransur-ansur sedang mengurangkan defisit bajet.

Perbelanjaan modal mungkin telah menurun secara mendadak pada suku kedua, seperti yang dicerminkan melalui kejatuhan dalam import barangan modal iaitu sebanyak -23.6 peratus dari tahun ke tahun pada Jun lepas, kata Besanger, yang merupakan pemangku pengarah di Institut Latihan Serantau IMF-Singapura semasa Krisis Kewangan Asia.

Perbelanjaan modal akhirnya akan memulih serta diperkukuhkan lagi dengan projek-projek infrastruktur dan pembentukan semula rantaian nilai, katanya sambil memetik mengenai laporan penyelidikan Nomura baru-baru ini yang meletakkan Malaysia sebagai salah satu daripada empat penerima faedah daripada pemesongan dagangan berikutan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.